Home Luar Negara LELAKI AS SILAP DIPENJARAKAN 48 TAHUN TERIMA PAMPASAN AS$7 JUTA

LELAKI AS SILAP DIPENJARAKAN 48 TAHUN TERIMA PAMPASAN AS$7 JUTA

166
0

WASHINGTON: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) berusia 71 tahun, yang dipenjara hampir lima dekad atas kesalahan membunuh yang tidak dilakukannya, akan menerima pampasan AS$7.15 juta (RM31.7 juta).

Menurut Daftar Kebangsaan Bebas Kesalahan, berdasarkan sejarah di AS, lelaki berkulit hitam itu, Glynn Simmons, paling lama dipenjarakan berbanding mana-mana banduan lain, sebelum dia dibebaskan.

Simmons dibebaskan tahun lalu selepas menjalani hukuman penjara selama 48 tahun, sebulan dan 18 hari.

Isnin lalu Ahli Majlis di Edmond, Oklahoma, mengundi untuk penyelesaian bagi Simmons, untuk memuktamadkan tuntutan terhadap bandar itu dan salah seorang detektif yang memenjarakannya.

Peguam bagi Simmons berkata, bayaran itu mewakili ‘penyelesaian separa’ tuntutan mahkamahnya ‘terhadap bandar dan polis yang memalsukan bukti… untuk mengaitkannya dalam pembunuhan’.

“Simmons menghabiskan masa yang tragis dipenjarakan kerana jenayah yang tidak dilakukannya.

“Walaupun dia tidak akan dapat kembali masa yang hilang, penyelesaian dengan Edmond ini akan membolehkannya bergerak ke hadapan dan meneruskan tuntutannya terhadap Oklahoma City dan seorang detektif terkemuka,” kata peguam utama Elizabeth Wang.

Jurucakap Edmond bagaimanapun enggan mengulas apabila ditemui AFP.

Simmons dan seorang lagi lelaki, Don Roberts, dijatuhi hukuman mati pada 1975 kerana pembunuhan seorang kerani kedai arak berusia 30 tahun semasa rompakan di Edmond, pada tahun sebelumnya.

Hukuman mereka kemudiannya ditukar kepada penjara seumur hidup.

Simmons dan Roberts disabitkan kesalahan hanya berdasarkan keterangan seorang pelanggan remaja, yang ditembak di kepala semasa rompakan, tetapi terselamat.

Mangsa memilih kedua-dua mereka daripada barisan suspek yang disediakan polis, tetapi siasatan seterusnya menimbulkan keraguan yang ketara terhadap keterangan saksi berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu sudah menyatakan dalam perbicaraan bahawa mereka tidak berada di Oklahoma ketika pembunuhan itu berlaku.

Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Daerah AS, Amy Palumbo, menolak sabitan kesalahan Simmons dan dia secara rasmi diisytiharkan tidak bersalah pada Disember.

Menurut Daftar Kebangsaan Bebas Kesalahan, sebuah projek yang dikendalikan oleh tiga universiti AS, Roberts dibebaskan dari penjara pada 2008. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here