Home Buletin Semasa DVS JAWAB ISU ‘BEKALAN KURANG PUNCA HARGA AYAM NAIK – PEMBEKAL’

DVS JAWAB ISU ‘BEKALAN KURANG PUNCA HARGA AYAM NAIK – PEMBEKAL’

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam kenyataan media berkata,setakat ini tiada laporan kekurangan bekalan di peringkat ladang diterima dan tiada laporan wabak penyakit ayam yang menyebabkan kematian besar-besaran dilaporkan kepada DVS.

Untuk makluman, DVS memantau pengeluaran di ladang dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan ayam tempatan sentiasa terjamin.

Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam tidak panik.

Sebarang kekurangan bekalan boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel pro@dvs.gov.my dan nombor perhubungan 03-8870 2000.

Sebelum ini media melaporkan berkenaan ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik – pembekal’ pada 15 Ogos lalu.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here