Home Luar Negara DUTI SETEM BAGI WARGA ASING BELI HARTANAH DI SINGAPURA DINAIKKAN

DUTI SETEM BAGI WARGA ASING BELI HARTANAH DI SINGAPURA DINAIKKAN

160
0

SINGAPURA: Warga asing yang mahu membeli hartanah kediaman di Singapura bermula hari ini perlu membayar duti setem pembeli tambahan (ABSD) sebanyak 60 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.

Pengumuman tarif ABSD yang diumumkan malam tadi adalah langkah terbaru pengawalan harga hartanah oleh kerajaan Singapura.

Sementara itu, rakyat tempatan yang mahu membeli hartanah kediaman kedua mereka pula perlu membayar kadar ABSD sebanyak 20 peratus iaitu kenaikan daripada 17 peratus sebelum ini.

Bagi warga Singapura yang merancang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya pula perlu membayar kadar baharu 30 peratus, berbanding 25 peratus sebelum ini.

Kadar 30 peratus diumumkan kerajaan itu turut diguna pakai kepada penduduk tetap (PR) yang membeli hartanah kediaman kedua mereka.

PR yang membeli hartanah kediaman ketiga dan seterusnya pula perlu membayar ABSD sebanyak 35 peratus berbanding 30 peratus sebelum ini.

Ini adalah pusingan ketiga langkah-langkah penyejukan sejak Disember 2021, menurut kenyataan bersama Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pembangunan Kebangsaan (MND) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).

Katanya, kenaikan ABSD bertujuan ‘untuk mempromosikan pasaran hartanah yang mampan dan memberi keutamaan kepada pemilikan rumah oleh pemilik’,

Menurut pihak berkuasa Singapura, permintaan pemilikan kediaman daripada penduduk tempatan sangat tinggi selain minat pelabur tempatan dan asing dalam pasaran hartanah kediaman di negara itu.

“Jika dibiarkan tanpa kawalan, harga boleh melebihi asas ekonomi dengan risiko kenaikan harga yang berterusan berbanding pendapatan,” kata pihak berkuasa Singapura.

Berdasarkan data tahun 2022, kenaikan kadar ABSD akan menjejaskan kira-kira 10 peratus transaksi hartanah kediaman.

Kadar ABSD untuk warga Singapura dan penduduk tetap yang membeli hartanah kediaman pertama mereka – yang membentuk kira-kira 90 peratus transaksi hartanah kediaman berdasarkan data 2022 – masing-masing akan kekal pada 0 peratus dan 5 peratus. 

Sumber: BH Online & Reuters

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here