Home Buletin Semasa FAMA PAHANG ANJUR JUALAN AGRO MADANI, BANTU PENGGUNA

FAMA PAHANG ANJUR JUALAN AGRO MADANI, BANTU PENGGUNA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

BENTONG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang mengadakan Program Jualan Agro MADANI sempena Program Jelajah Malaysia Digital Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini kelmarin.

Pelbagai pengisian menarik disediakan seperti jualan barangan keperluan harian, produk agromakanan tempatan serta hasil pertanian pada harga berpatutan yang menawarkan berpatutan.

Timbalan Pengarah FAMA Negeri Pahang, Yazid Yusob, berkata sempena program berkenaan pihaknya menyediakan jualan Kombo MADANI, kempen makan buah-buahan tempatan, jualan jagung manis serta jualan pelbagai produk keluaran Agromas.

Menurutnya, penganjuran jualan Agro MADANI merupakan antara usaha berterusan FAMA dalam membantu meringankan kos sara hidup pengguna serta memperluas akses kepada bekalan makanan pada harga berpatutan serta mempromosikan produk keluaran usahawan tempatan.

“FAMA Negeri Pahang komited untuk terus menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan dan merancakkan pemasaran produk agromakanan tempatan demi manfaat rakyat.

“Kita berpuas hati dengan sambutan yang diterima, ramai masyarakat setempat datang untuk membeli pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan dan hasil pertanian terus dari ladang,” katanya.

Turut hadir meninjau program berkenaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Yazid menambah, penganjuran program jualan Agro MADANI dapat membantu meringankan kos sara hidup pengguna, memperluas akses kepada bekalan makanan pada harga berpatutan serta mempromosikan produk keluaran usahawan tempatan.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya turut mengadakan Program Madani Kita (PMK) di Taman Impianku, Kuantan membabitkan pelbagai aktiviti seperti jualan, agihan jagung percuma, jualan kombo Agro Madani, uji rasa kopi Agromas dan jualan usahawan FAMA.

“Kita akan mengadakan program jualan Agro Madani di Agrobazar FELDA Chemomoi, Bentong, Agrobazar FELDA Sungai Retang, Jerantut, Pasar Tani Bandar Baru, Lipis dan Pasar Tani Muadzam Shah, Rompin. Aktiviti bermula 8 pagi hingga 12 tengahari.

“Program sama diadakan di Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) Kampung Aur Gading, Lipis dan Pasar Tani Kekal, Jerantut pada Khamis ini, diikuti di AKR Ulu Gari, Raub dan AKR Bukit Genting, Jerantut pada Jumaat,” katanya.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here