Home Buletin Semasa LELAKI WARGA ASING MAUT, BENGKEL KERETA TERBAKAR

LELAKI WARGA ASING MAUT, BENGKEL KERETA TERBAKAR

177
0

SHAH ALAM, SELANGOR: Seorang lelaki warga asing maut dalam kejadian kebakaran sebuah bengkel kereta di Jalan Jemuju, Seksyen 16, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu jam 5.12 pagi sebelum pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, kebakaran membabitkan sebuah lot kedai dua tingkat jenis bangunan kelas A yang dijadikan bengkel kereta berukuran 20 X 30 kaki persegi.

“Kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba kira-kira 30 minit kemudian dan api padam sepenuhnya jam 6.07 pagi.

“Bomba berjaya mengeluarkan seorang mangsa lelaki warga Pakistan yang tidak sedarkan diri,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol, berkata siasatan mendapati mangsa yang tidak sedarkan diri itu disahkan meninggal dunia.

“Siasatan mendapati, mangsa yang dipercayai pekerja bengkel dijumpai di tangga bangunan tidak berjaya menyelamatkan diri.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mengalami kecederaan melecur pada kedua-dua belah kaki.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, bangunan itu 100 peratus musnah akibat kebakaran dan masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan kebakaran dan kematian mengejut.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here