Home Buletin Semasa DUA BUAH RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG LANGGAR

DUA BUAH RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG LANGGAR

157
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dua buah rumah dilaporkan terbakar dalam kejadian di Kampung Langgar, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Ridzuan Baharuddin berkata, kebakaran itu turut membabitkan lima kenderaan di kawasan terbabit.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.09 petang, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim dan Kota Bharu bergegas ke lokasi sejauh enam kilometer.

“Apabila pasukan keluaran operasi BBP Kota Bharu tiba di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman setingkat separuh kekal.

“Keluasan rumah pertama adala 60 x 60 kaki dengan kemusnahan sebanyak 60 peratus manakala rumah kedua dengan keluasan 30 x 30 kaki terbakar sebanyak 10 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Jelasnya, seramai 18 anggota terlibat serta dua jentera Fire Rescue Tender manakala sebuah Emergency Medical Rescue Services serta sebuah tangka air bomba.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here