Home Hiburan DR FIE NAFI ADA KEKASIH BAHARU

DR FIE NAFI ADA KEKASIH BAHARU

77
0

KUALA LUMPUR: Bekas isteri penyanyi Nubhan Ahamad iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menafikan dirinya kini sudah memiliki kekasih baharu, meskipun tidak menutup pintu hati untuk cinta.

Memetik laporan Harian Metro, Dr Afifah atau mesra disapa Dr Fie, 36, yang juga seorang doktor gigi sebelum ini pernah memaklumkan dia mahu memberi fokus kepada anak-anaknya dulu sebelum memikirkan untuk berumah tangga semula

“Eh, tidak ada lagilah (kekasih baharu). Belum lagi. Tak ada sesiapa pun.

“Ini macam soalan Melodi dah ni,” katanya ringkas kepada Harian Metro apabila ditanya mengenai kisah kewujudan kekasih baharu di hatinya.

Difahamkan ibu tunggal tiga cahaya mata itu khabarnya dikaitkan sudah mengenali ‘seseorang’, namun masih dinafikannya. 

Semalam, Dr Fie ditemui media ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi mengikuti kes komital membabitkan perlanggaran perintah mahkamah yang difailkan terhadapnya.

Pada 28 April lalu, Dr Fie memaklumkan dia menerima notis kes komital itu yang difailkan bekas suami, Nubhan, 40, atas dakwaan sudah melanggar tiga perintahan menerusi hantaran pernah dibuatnya di media sosial.

Dimaklumkan juga oleh Peguam Syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan bahawa Dr Fie membuat hantaran berkenaan di media sosial pada tahun lalu dan tahun ini.

Prosiding kedua akan bersambung pada 10 Ogos depan bagi Dr Fie memasukkan dokumen afidavit pembelaan.

Bagaimanapun, sekiranya ada permohonan maaf dibuat oleh Dr Fie, maka pihak Nubhan bersedia mempertimbangkan untuk menarik balik kes komital yang difailkan berkenaan.

Prosiding komital membabitkan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah difailkan Nubhan itu diperdengarkan di hadapan pendaftar, Dr Shanizah Ngatiman. Manakala Dr Afifah diwakili Peguam Syarie, Nor Hazura Hamzah.

Terdahulu, difahamkan Nubhan memilih saluran mahkamah demi mempertahankan maruah diri dan membersihkan namanya daripada terus menjadi mangsa fitnah termasuk manipulasi masyarakat.

Pasangan Nubhan dan Dr Fie sah bercerai dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember tahun lalu. Mereka berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga anak.–HMetro Online-

IMedikel TV   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here