MELBOURNE: Pilihan utama Novak Djokovic bergelut sebelum melangkah ke separuh akhir Terbuka Australia kali ke-11 sekali gus melebarkan rekod acara Grand Slam ke-48 hari ini, namun Aryna Sabalenka menempuh perjalanan yang lebih mudah.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian, Bintang Serbia itu menangani ujian getir di Arena Rod Laver menentang pilihan ke-12 dari Amerika, Taylor Fritz sebelum menang 7-6 (7/3), 4-6, 6-2, 6-3 untuk mengekalkan cabarannya bagi memburu kejuaraan major ke-25.
Dia akan bertemu pilihan keempat dari Itali, Jannik Sinner, yang membenam cabaran pilihan kelima dari Russia, Andrey Rublev 6-4, 7-6 (7/5), 6-3.
“Secara fizikal dan mental ia amat meletihkan,” kata Djokovic selepas pertembungan epik selama tig ajam dan 45 minit menambah dia “mengalami banyak sengsara” dalam dua set pertama.
“Dia melakukan servis dengan amat bagus, kekal dekat dengan garisan dan menyukarkan saya dari belakang gelanggang,” katanya.
Sinner jelas klinikal di Melbourne dan belum kalah sebarang set. Dia turut menewaskan Djokovic pada Piala Davis hujung tahun lalu tetapi petandanya kurang baik buatnya.
Pemain berusia 36 tahun itu menang semua 10 pertembungan terdahulu pada separuh akhir Terbuka Australia, sejak kejuaraan pertamanya pada 2008 dan kini menang 33 perlawanan berturut-turut di gelanggang berwarna biru itu.
“Saya bertuah kerana bertemunya di salah satu daripada kejohanan terbesar di dunia,” kata Sinner.
“Ia pasti sukar. Satu-satunya perkara yang saya boleh kawal adalah saya akan memberikan usaha 100 peratus dan saya akan berjuang bagi setiap bola.”
Berbanding kesukaran dialami Djokovic, juara bertahan Sabalenka hanya berada di gelanggang selama 71 minit, membenam pilihan kesembilan Barbora Krejcikova 6-2, 6-3.
Dia akan bertemu pilihan keempat Coco Gauff bagi perlawanan ulangan final Terbuka AS tahun lalu yang mana pemain remaja Amerika itu menang dalam tiga set.
“Saya sukakannya, saya sukakannya. Selepas Terbuka AS, saya benar-benar mahu balas dendam dan maksud saya oa satu perlawanan hebat,” kata Sabalenka mengenai pertembungan separuh akhirnya.
– AFP,BH Online-
Imedikel TV






