Home Segmen Kesihatan DIABETES TINGKAT RISIKO KEBUTAAN

DIABETES TINGKAT RISIKO KEBUTAAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Penyakit diabetes kini dikenal pasti sebagai salah satu penyebab utama kebutaan di kalangan masyarakat.

Tahukah anda pesakit diabetes yang tidak mengawal paras gula dalam darah berdepan risiko tinggi untuk mengalami masalah penglihatan yang serius, termasuk retinopati diabetes, katarak, dan glaucoma?

Retinopati diabetes, iaitu kerosakan pada salur darah di retina, sering berlaku apabila tahap gula darah tidak terkawal dalam tempoh yang lama.

Ini boleh menyebabkan penglihatan kabur atau, dalam kes yang lebih teruk, kebutaan kekal.

Risiko semakin meningkat dengan tempoh penyakit yang lebih lama, terutama dalam kalangan pesakit yang tidak mendapatkan pemeriksaan mata berkala.

Namun, risiko kebutaan ini boleh diatasi dengan cara, pesakit perlu sentiasa memantau dan mengawal paras gula dalam darah mereka melalui diet seimbang, senaman berkala, serta mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Paling penting adalah pesakit perlu melakukan pemeriksaan mata agar sebarang tanda awal kerosakan retina dapat dikesan dan dirawat dengan segera.

Dengan langkah pencegahan yang betul, risiko kehilangan penglihatan akibat diabetes dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup pesakit dalam jangka masa panjang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here