KUALA LUMPUR: Nora Danish menganggap situasi di mana pasangan sama-sama mahu berubah ke arah kebaikan sebagai sesuatu yang indah.
Memetik laporan Berita Harian, Nora berkongsi, wanita perlu jujur melihat sama ada lelaki itu benar-benar mahu berubah kerana Allah atau sekadar mahu memenangi hati wanita yang diingininya.
“Akhirnya, selain husnuzon, carilah suami yang mampu membimbing kita, fahami agama dan berusaha mengamalkannya.
“Belajar dan berubah bersama itu indah, cuma kita perlu jujur melihat, adakah dia berubah kerana Allah atau sekadar untuk memiliki kita?” katanya berkongsi pandangan di Threads.
Nora, 43, berkata, perubahan yang hanya dilakukan ketika seseorang lelaki sedang berusaha mendapatkan wanita dicintainya, dikhuatiri tidak akan bertahan lama.
“Kalau perubahan itu hanya bertahan selagi dia sedang mengejar, akhirnya kita yang penat berharap,” katanya.
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 sebelum mereka bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Mohamed Neqayl, lapan.
Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun bersama. – BH Online –
IMedikel TV






