Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Skuad bawah 16 (B-16) Kelantan United FC (KUFC) yang berlepas kira-kira 4.30 petang dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) semalam, sudah selamat sampai di Kasaoka, Jepun jam 10 pagi hari ini.
Pengurus Rohm Wako pasukan Kelantan United B-16, Noor Zulhaziman Mohd Noor berkata seramai 21 orang delegasi termasuk 16 pemain bersedia menghadapi pertandingan pada 4 November ini.
“Seramai sembilan pemain adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal, Ketereh yang diiringi gurunya, Mohd Redzuan Daud.
“Doakan kejayaan kami yang bukan sahaja membawa nama Kelantan, tetapi mahu menjulang nama Malaysia,” katanya kepada Imedikel TV, hari ini.

Menurutnya pasukan tersebut ke Jepun bagi menyertai ‘Kasaoka International U-16 Friendly Tournament’ pada 4 Nov ini.
Ujarnya ia adalah usaha kerjasama antara ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd & ROHM-Wako Co.Ltd adalah penaja utama dalam program membawa skuad B-16 Kelantan United Football Club ke Kasaoka Jepun melalui jalinan kerjasama yang telah bermula sejak awal tahun 2023.
Selain Noor Zulhaziman, turut dengan pasukan Kelantan United B-16 ke kejohanan tersebut koordinator program, Kazuya Kasahara.
I Medikel TV






