Home Sukan DE MINAUR AKUR DIKECEWAKAN SINNER KALI KE-13

DE MINAUR AKUR DIKECEWAKAN SINNER KALI KE-13

220
0

TURIN: Sengsara enam tahun Alex de Minaur menentang Jannik Sinner berterusan di Final ATP apabila tewas kepada bintang Itali itu untuk kali ke-13 dalam 13 pertemuan.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, bintang tenis Australia itu tersingkir di separuh akhir, semalam, tewas 5-7, 2-6 selepas memberikan tentangan sengit kepada Sinner.

Disokong oleh 13,000 peminat tuan rumah di Turin, Sinner mempamerkan aksi sensasi apabila menangkis segala serangan de Minaur.

Kini, De Minaur mencatat rekod 0-13 menentang juara Wimbledon dan Terbuka Australia itu, dan hanya memenangi dua set daripada 31 set sepanjang pertemuan antara mereka.

“Saya berada di tahap yang lebih baik sekarang. Saya rasa hari ini (semalam) ada banyak perkara baik. Apapun saya perlu terus memperbaiki diri. Tiada jalan lain.

“Untuk menewaskannya, anda perlu memukul bola dengan sangat kuat, rata, dalam dan dekat dengan garisan. Sudah tentu itu bukan perkara yang mudah.

“Saya perlu melakukan servis dengan baik sepanjang perlawanan, tetapi servis saya sedikit menurun dan boleh diperbaiki,” katanya.

Sinner pula mengakui ia adalah perlawanan yang sukar, namun keputusannya untuk bermain lebih agresif membuahkan hasil. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here