Home Hiburan DAYANG AREEDA AKUI BANYAK KALI HANTAR PROFIL, TAPI TIADA REZEKI

DAYANG AREEDA AKUI BANYAK KALI HANTAR PROFIL, TAPI TIADA REZEKI

KUALA LUMPUR: Pelakon Dayang Areeda yang kini sibuk menguruskan perniagaan Cookiee Cafe & Florist miliknya memaklumkan masih aktif berlakon seperti dahulu.

Memetik laporan Harian Metro, bagaimanapun, Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Areeda Datu Abdul Razak, 32, berkata dia ‘sedar diri’ apabila tawaran lakonan semakin terhad kerana persaingan dengan pelakon-pelakon baharu.

“Saya masih berlakon seperti biasa, cuma tak ada drama siri yang panjang macam dulu. Rasanya sekarang pun macam tak banyak tawaran berlakon macam dulu.

“Kita faham banyak ‘new comer’ dan macam-macam kan. Jadi mungkin sekarang penonton nak yang wajah baharu dan saya perlu terima hakikat itu.

“Kalau orang kata rezeki itu milik kita, tetap akan ada. Syukur ada juga untuk saya walaupun tak banyak. Kita ‘just’ buat saja bila ada,” katanya kepada Harian Metro.

Dayang Areeda yang sudah menceburi lakonan sejak 12 tahun lalu berkata, dia pernah juga menghantar profil dirinya kepada beberapa produksi, tetapi namanya tidak terpilih.

“Banyak kali juga (hantar profil) dan tentu saya ada rasa kecewa, tapi akhirnya ia berbalik pada rezeki. Itu yang saya pujuk hati, tak dapat (peluang lakonan) yang ini, mungkin dapat yang lain.

“Saya tak pasti punca saya gagal, tapi rasanya ia berbalik kepada populariti seseorang pelakon. Saya tak sepopular yang lain, selain saya pun tak pandai cipta kontroversi.

“Apa pun saya bersyukur kerana kini sedang rancak shooting untuk drama sebanyak 12 episod bersama Zara Zya dan MK,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here