Home Luar Negara CURI TANDAS EMAS RM25 JUTA, 2 LELAKI DIPENJARA

CURI TANDAS EMAS RM25 JUTA, 2 LELAKI DIPENJARA

232
0

LONDON: Dua lelaki yang memecah masuk ke sebuah hartanah bersejarah di England dan mencuri tandas emas bernilai 4.5 juta pound sterling (RM25.91juta), dijatuhi hukuman penjara pada Jumaat kerana pembabitan mereka dalam kecurian itu.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro James Sheen, 40, dan Michael Jones, 39, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dan 27 bulan oleh Mahkamah Crown Oxford di tengah England.

Sheen kini sedang menjalani hukuman penjara 19 tahun atas pelbagai kesalahan lain termasuk rompakan muzium dan serangan ke atas mesin juruwang automatik (ATM).

Tandas emas 18 karat yang berfungsi sepenuhnya itu dicuri dalam rompakan di sebuah pameran di Istana Blenheim yang juga tempat kelahiran Winston Churchill berhampiran Oxford pada September 2019.

Karya seni tandas yang dinamakan ‘America’ itu dicipta oleh artis Itali, Maurizio Cattelan, dan juga salah satu tarikan utama dalam pameran yang diadakan di rumah era abad ke-18 itu.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Ian Pringle berkata, rompakan yang berani dan tidak tahu malu ini hanya mengambil masa lima setengah minit untuk disempurnakan dan ‘America’ tidak pernah ditemukan semula.

Dengan berat kira-kira 98 kilogram (kg), karya seni itu diinsuranskan sebanyak AS$6 juta (RM25.47) dan diperbuat daripada 20 kg emas yang dianggarkan bernilai kira-kira 2.8 juta pound sterling (RM16.12 juta).

Tandas itu dicuri hanya beberapa jam selepas majlis pelancaran pameran mewah itu. Ia dicuri kumpulan bersenjatakan tukul besar.

Pendakwa raya berkata, tandas itu dipercayai dipecah-pecahkan atau emasnya dilebur dan dijual tidak lama selepas kecurian. Emas itu masih belum ditemukan. – AFP, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here