Home Hiburan CUKUP SAYA MINTA IZIN SUAMI – ZIZI KIRANA

CUKUP SAYA MINTA IZIN SUAMI – ZIZI KIRANA

399
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana tidak tersinggung apabila penyertaandalam misi Sumud Global Flotilla (GSF), baru-baru ini, dipersoal kerana disertai lelaki bukan mahram.

Memetik laporan Berita Harian, Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil, 40, tidak tahu-menahu mengenai isu yang ditimbulkan pihak terbabit.

Menurutnya, setiap misi kemanusiaan perlu disertai peserta wanita kerana mereka mempunyai tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sama seperti peserta lelaki.

“Setiap misi kemanusiaan mesti ada lelaki dan wanita. Tujuan kami sebagai peserta wanita adalah mewakili golongan wanita Malaysia untuk bertemu dan menyantuni saudara-saudara wanita kita di Gaza.

“Kalau ada pihak yang mempertikaikan soal mahram, saya rasa cukup saya minta izin daripada suami dan keluarga,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, isteri pelakon Yusuf Bahrin, 33, ini berkata, penyertaan kaum wanita dalam misi kemanusiaan seumpama itu juga sudah dijelaskan mufti dan jabatan agama.

Pada masa sama, kata Zizi, dia juga tidak mengetahui soal kritikan yang ditimbulkan kerana sudah tidak aktif di media sosial selepas pulang daripada misi GSF. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here