Oleh: Nur Athirah Azman@Medikel TV
TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dlaam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menumpaskan kegiatan menyeludup petrol di stesen minyak Wakaf Bharu, di sini, kelmarin.
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, dalam serbuan jam 1.50 petang, anggota penguatkuasa berjaya merampas 175 liter petrol berjumlah RM10,358.75 bersama dua suspek yang memandu dua kenderaan jenis proton Iswara.
“Tangki kenderaan tersebut dipercayai telah diubah suai untuk menyedut dan menyimpan petrol bersubsidi bagi memudahkan aktiviti penyeludupan.
“Dalam pada itu KPDN Kelantan menegaskan bahawa pihaknya komited dalam membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi terutama di kawasan sempadan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau penyelewengan boleh melaporkan kepada KPDN melalui saluran https://linktr.ee/kpdn.
IMedikel TV






