Home Sukan COOLS HAMPIRI CEREZO OSAKA

COOLS HAMPIRI CEREZO OSAKA

367
0

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab Jepun, Cerezo Osaka.

Memetik laporan Berita Harian, meskipun dikatakan masih memiliki setahun lagi baki kontrak bersama Buriram United, namun berita penghijrahan Cools ke Jepun hangat diperkatakan media Thailand sejak beberapa minggu lalu.

Berdasarkan catatan SNE Sports di laman X, Presiden Buriram United, Newin Chidcho mengesahkan bahawa pemain berusia 29 tahun itu mendapat tawaran daripada Cerezo Osaka.

“Cools mendapat tawaran daripada Cerezo Osaka dan dia mahu mengembangkan kariernya di liga lebih besar. Dia membantu kejayaan Buriram, kita hadiahkan sesuatu kepadanya,” kata Chidchob.

Sementara itu, laman Facebook, Think Curve pula memuat naik kenyataan Chidchob yang mahu peminat membuka hati untuk merelakan pemergian Cools ke liga Jepun.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, Cools bakal kembali bergandingan dengan jurulatih lamanya, Arthur Papas yang kini bersama Cerezo Osaka selepas meninggalkan Buriram United, musim lalu.

Sepanjang bersama Buriram, Cools berjaya membantu kelab itu meraih tiga kejuaraan musim ini termasuk menjulang Piala FA Thailand selepas menewaskan Muangthong United.

Perpindahan itu juga dilihat sebagai satu langkah besar dalam karier Cools yang bukan sahaja bakal beraksi dalam salah satu liga terbaik Asia, tetapi berpeluang meningkatkan prestasinya untuk membantu Harimau Malaya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here