Home Sukan COLE YAKIN ENGLAND MAMPU ‘TIDURKAN’ MESSI 

COLE YAKIN ENGLAND MAMPU ‘TIDURKAN’ MESSI 

20
0

LONDON: Bekas pemain sayap England, Joe Cole percaya ‘The Three Lions’ mampu ‘menidurkan Messi’ apabila berdepan Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta.

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, pertemuan pada Khamis itu menyaksikan England dan Argentina bertemu buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.

Ia juga menjadi episod terbaru perseteruan kedua-dua negara di pentas Piala Dunia selepas pernah bertemu pada edisi 1962, 1966, 1986, 1998 dan 2002.

England muncul pemenang dalam pertemuan terakhir mereka di Jepun menerusi sepakan penalti David Beckham.

Argentina hadir sebagai juara bertahan selepas menjulang trofi di Qatar empat tahun lalu, sekali gus meraih gelaran dunia ketiga dan yang pertama dalam tempoh 36 tahun.

Namun, Cole yakin kekuatan serangan England mampu menyekat kemaraan skuad Amerika Selatan itu.

“Kita perlu menidurkan Lionel Messi. Kita akan menidurkannya,” kata Cole dalam audio siar The Rest is Football.

Seperti England, Argentina mara ke separuh akhir selepas mengharungi masa tambahan.

Selepas terikat 1-1 dengan Switzerland dalam tempoh 90 minit, Julian Alvarez meledak gol kedua menerusi rembatan menarik sebelum Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan 3-1.

Pada pusingan 16 terbaik, Argentina mencipta kebangkitan dramatik apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Mesir 3-2.

Mereka masih ketinggalan dua gol sehingga minit ke-79 sebelum menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit.

Sebelum itu, skuad kendalian Lionel Scaloni turut dipaksa beraksi hingga masa tambahan oleh pendatang baharu, Cape Verde pada pusingan 32 terbaik sebelum gol sendiri membantu mereka mencatat kemenangan 3-2.

Di peringkat kumpulan, Argentina menewaskan Algeria, Austria dan Jordan.

Mereka juga menjadi satu daripada dua pasukan bersama Perancis yang masih mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam kejohanan ini termasuk selepas masa tambahan. -AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here