Home Hiburan CIK B SEGAN VIDEO BACA SURAH AD-DHUHA TULAR

CIK B SEGAN VIDEO BACA SURAH AD-DHUHA TULAR

PETALING JAYA: Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B segan apabila video yang memaparkannya menghafal surah Ad-Dhuha dengan lancar tular hingga menjadi bualan warganet.

Bagi Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, kemampuannya membaca surah Ad-Dhuha bukanlah sesuatu pelik kerana ia juga boleh dilakukan oleh semua orang.

“Surah Ad-Dhuha adalah salah satu surah kegemaran dan saya mula menghafal serta mengamalkannya sejak berusia tujuh tahun.

“Video ini dirakam adik tanpa saya sedar. Bila ia tular, saya jadi segan sebab itu surah biasa sahaja, semua orang hafal.

“Saya mula amalkan sejak kecil lagi,” katanya ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025, di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Mengimbau kembali saat dirinya membacakan surah Ad-Dhuha bersama pelayan restoran di Turki seperti yang ditularkan, Cik B memberitahu, keadaan itu berlaku secara spontan selepas dia disapa secara tiba-tiba oleh lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya di restoran sedang makan tiba-tiba pakcik ini datang dan mula mengaji sambil bersembang, dia bertanya surah kegemaran saya.

“Saya cakap Ad-Dhuha, selepas itu saya baca dan dia ikut sekali. Saya pun tak perasan adik rakam momen ini,” cerita Cik B.

Dalam pada itu, Cik B turut berkongsi fadilat dan kelebihan surah Ad-Dhuha yang menceritakan sifat penyayang Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Tambahnya, selepas mendalami makna yang tersirat dalam surah tersebut, dia mula tertarik untuk mengamalkannya

“Saya suka surah ini kerana membawa makna Allah tetap sayang walaupun kita ini jahat. Ad-Dhuha ini juga surah yang memberi saya rezeki.

“Bila selalu sangat bermain dalam kepala, saya terus amalkan,” ungkap Cik B. -BH Online- 

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here