MANCHESTER: Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian pemain Manchester City, Rayan Cherki mengangkat tangan tanda memohon maaf selepas menyedari kesilapannya memakai jersi Liverpool ketika berada di bangku simpanan sewaktu aksi suku akhir Piala FA yang menyaksikan pasukannya menang 4-0.
Insiden itu berlaku selepas pemain berusia 22 tahun itu dikeluarkan pada minit ke-71 sebelum bertukar jersi dengan penyerang Liverpool, Hugo Ekitike, yang turut dikeluarkan beberapa minit lebih awal.
Kedua-dua pemain skuad kebangsaan Perancis itu dilihat bertegur sapa sebelum perlawanan, namun tindakan Cherki memakai jersi lawan di bangku simpanan segera ditegur, dipercayai oleh staf kejurulatihan City.
Beliau kemudian segera menanggalkan jersi berkenaan dan mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf atas kesilapan terbabit.
Pada masa sama, Ekitike turut menerima kritikan kerana bertukar jersi sebelum tamat perlawanan ketika Liverpool sedang dibelasah, sesuatu yang dianggap tidak sensitif oleh penyokong.
Aksi di atas padang menyaksikan Erling Haaland menjaringkan hatrik untuk memastikan kemenangan selesa City, manakala Antoine Semenyo turut menyumbang satu gol.
Liverpool bermula dengan baik, namun kesilapan Virgil van Dijk yang melakukan kekasaran ke atas Nico O’Reilly menghadiahkan penalti kepada City yang disempurnakan Haaland.
Haaland kemudian menambah gol kedua sebelum rehat hasil hantaran Semenyo, sebelum pemain sama menjaringkan gol ketiga dan melengkapkan kemenangan besar pasukan tuan rumah. – AGENSI, BH Online –
IMedikel TV






