Home Hiburan ALIEFF IRFAN TIDAK IZIN ISTERI BERLAKON, MAHU NABILAH FOKUS PERNIAGAAN

ALIEFF IRFAN TIDAK IZIN ISTERI BERLAKON, MAHU NABILAH FOKUS PERNIAGAAN

111
0

KUALA LUMPUR: Pempengaruh dan pelakon, Alieff Irfan mendedahkan dia tidak memberi keizinan kepada isterinya, Nabilah Aliah untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan buat masa ini.

Alieff, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki berkata, meskipun terdapat tawaran yang datang kepada isterinya yang juga penyanyi itu, dia memilih untuk tidak membenarkannya atas faktor tertentu.

“Dia, kalau ada tawaran selalunya saya yang tidak izinkan. Saya mahu dia fokus kepada urusan perniagaan sahaja dan membantu kandungan YouTube saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alieff, isterinya sebenarnya sudah mempunyai pengalaman dalam bidang seni sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

“Tawaran untuknya memang ada. Sebelum berkahwin pun dia memang ada terbabit dalam video muzik (MV) dan video komersial. Selepas kahwin pun tawaran itu tetap ada, cuma saya minta dia untuk fokus pada perniagaan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Daddyku Gangster itu tidak menolak kemungkinan untuk membenarkan isterinya berlakon sekiranya mereka digandingkan bersama dalam satu naskhah.

“Kalau ada tawaran yang baik dan mungkin kalau membabitkan kami berdua, saya rasa okey. Mungkin kalau gandingan bersama itu boleh dipertimbangkan. Insya-Allah,” katanya.

Terbaharu, Alieff bakal beraksi dalam filem epik sejarah berjudul Jangkar arahan pengarah, Jason Chong yang akan memulakan penggambaran pada 7 April ini. Dalam filem itu, Alieff memegang peranan sebagai anggota komando bernama Hambali. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here