Home Segmen Kesihatan CEGAH LATAH JADI LEBIH TERUK

CEGAH LATAH JADI LEBIH TERUK

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Sering kita tertanya-tanya, kenapa seseorang itu boleh menjadi latah sehingga tidak tentu arah apabila diusik oleh orang lain di sekeliling.

Malah, semakin galak usikan itu, semakin menjadi-jadi latahnya.

Menurut William S Burrough dalam novelnya bertajuk Naked Lunch pada tahun 1959, daripada sudut perubatan, melatah didefinisikan sebagai satu tindak balas tertentu apabila dikenakan tekanan secara tiba-tiba, yang membabitkan pergerakan, perlakuan dan percakapan tidak terkawal akibat terkejut.

Kebiasannya, orang yang melatah dihimpit situasi cemas, tertekan atau terkejut jadi itu yang menjadi penyebab masalah latah itu.

Kadang-kadang mereka terkejut apabila mendengar kata-kata yang kuat dan sering mengulang kata-kata yang didengarinya sehingga menggerakkan tubuh orang di sekelilingnya.

Walaupun ia bukan penyakit atau masalah yang mengundang bahaya, namun ia menganggu kehidupan harian.

Latah tidak boleh sepenuhnya dicegah kerana ia menjadi disebabkan respons automatik terutamanya jika ia mula sejak kecil atau akibat faktor budaya atau persekitaran.

Namun, gejalanya boleh dikawal dan dikurangkan dengan:

  1. Latihan menguruskan stress: amalkan pernafasan dalam, senaman ringan atau berjalan kaki serta kurangkan tekanan emosi kerana latah boleh berlaku disebabkan stress.
  2. Elak galakan sosial terhadap tingkah laku latah: Jangan menganggap latah sebagai hiburan atau bahan jenaka, persekitaran yang menggalakkan reaksi latah (seperti menjerit nama atau menyakat) hanya memburukkan keadaan.
  3. Sokongan keluarga dan komuniti: Pendidikan kepada ahli keluarga dan masyarakat bahawa latah bukan sesuatu untuk diejek, wujudkan suasana selamat dan memahami bagi mengelakkan rasa malu atau tekanan kepada penghidap.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here