Home Hiburan BUNGA EMAS KEJUTAN EZWAN BUAT ERRA SEMPENA PERNIKAHAN

BUNGA EMAS KEJUTAN EZWAN BUAT ERRA SEMPENA PERNIKAHAN

225
0

SHAH ALAM: Memetik laporan menerusi Berita Harian, suami kepada pelakon terkenal Erra Fazira, Ezwan Zain, mendedahkan bahawa bunga emas yang dijadikan mas kahwin pada majlis pernikahan mereka adalah kejutan khas buat isterinya.

Menurut Ezwan, Erra hanya mengetahui mengenai pemberian dinar emas sebagai mas kahwin, namun tidak menyangka ia akan dihadiahkan dalam bentuk sejambak bunga yang mengandungi 24 keping dinar emas.

“Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra, antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas. Sebelum ini dia sudah tahu mengenai dinar emas itu tetapi tidak tahu akan diberikan sebanyak 24 keping.

“Tiada simbolik nombor 24 itu, sebaliknya sekadar ingin mencukupkan berat 100 gram,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berkata suaminya memainkan peranan utama dalam merancang keseluruhan majlis perkahwinan itu.

“Kalau perkahwinan sebelum ini saya yang banyak uruskan. Tetapi kali ini boleh dikatakan Ezwan yang menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan berbulan madu, Erra berkata mereka terpaksa menunda hasrat sehingga selepas Aidilfitri berikutan komitmen penggambaran dan sebuah konsert yang bakal berlangsung Februari nanti.

Terdahulu, Erra sah bergelar isteri kepada Ezwan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang pada jam 9.19 semalam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here