Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan hoki Bukit Aman muncul juara Liga Premier selepas menewaskan Selangor 6-4 pada Kejohanan Hoki dan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2026, di sini kelmarin.
Tempat ketiga berpihak pada Pulau Pinang dan keempat Kuala Lumpur. Juara Kategori Divisyen Satu berpihak pada pasukan Briged Tengah yang menewaskan Kedah 1-0.
Dalam acara bola jaring kontinjen Selangor muncul juara selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 24-20. Tempat ketiga milik bersama Perak dan Bukit Aman.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Datuk Sri Abdul Aziz Abdul Majid di Stadium Tertutup SUKPA, di sini.
Hadir sama Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob.

Anugerah Fair Play Game hoki kategori premier milik kontinjen Perak, anugerah penjaga gol terbaik, Muhammad Shafie Sharom (Bukit Aman), penjaring terbanyak, Muhamad Razie Abd Rahim (Bukit Aman), pemain terbaik dan Muhammad Shraf Zuhry Mahat (Bukit Aman).
Bagi Divisyen Satu anugerah Fair Play Game milik Melaka, anugerah penjaga gol terbaik, Mohd Nizam Mat Yusoff, penjaring terbanyak, Cristoper Sikta @ Stephen (Briged Tengah) dan pemain terbaik, Faizal Reza Mohd Noor (Briged Tenggara)
Bagi anugerah individu acara bola jaring, penjaring terbanyak, Nur Sarah Irisya Zulkifli (Bukit Aman),
pertahanan terbaik, Nisa Ridwana Razali (Selangor) dan pemain terbaik, Nor Shafiqah binti Shamsol (Negeri Sembilan).
Kejohanan selama lima hari itu menjadi platform dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
IMedikel TV






