Home Politik BUAT KEPUTUSAN UNTUK PASTIKAN PKR BERTAHAN DALAM PRU AKAN DATANG – NIK...

BUAT KEPUTUSAN UNTUK PASTIKAN PKR BERTAHAN DALAM PRU AKAN DATANG – NIK NAZMI

275
0

SEREMBAN: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan ahli supaya tidak takut untuk membuat keputusan yang tepat dan terbaik demi masa depan parti.

Memetik laporan Berita harian, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata dalam membuat pemilihan nanti, ahli parti perlu memberikan keutamaan memastikan PKR dapat mempertahankan pencapaian pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ahli PKR tidak harus takut untuk membuat keputusan yang tepat dan terbaik demi masa hadapan parti ini. Kita kena berfikir ke arah memastikan PKR dapat bertahan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Tiada guna menang dalam pemilihan tapi orang yang menang itu hendak jadi wakil rakyat pun tak boleh,” katanya berucap pada Jelajah Hiruk sempena Pemilihan PKR 2025, di Klana Resort, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Nik Nazmi dan Aminuddin mempertahankan jawatan Naib Presiden manakala Rafizi Timbalan Presiden.

Nik Nazmi juga berharap proses pemilihan PKR 2025 hujung bulan ini dijalankan dengan adil dan telus. Pihaknya bersedia menerima keputusan ahli parti termasuk jika ditakdirkan gagal mempertahankan jawatan berkenaan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here