Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mengharapkan bantuan parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk membantu menawan kembali Dewan Undangn Negeri (DUN) Nenggiri N.43 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 17 Ogos ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata tugas berat dipikul jentera BN untuk menawan kembali DUN Nenggiri yang sebelum ini menjadi milik BN sebelum dirampas PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.
Menurutnya sokongan daripada parti kompenan PH sangat diperlukan untuk membantu bagi memastikan kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada PRK Nenggiri.
“Nak ambil balik bukan mudah, perlu kerjasama dan bantuan semua pihak kepada rakan yang bagi sokongan penuh. Terdapat 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan pada Pilihan Raya lalu kita menangn 7 PDM.
“Jadi kita sasarkan sekurang-kurangnya 11 PDM perlu dimenangi dengan kerjasama strategi, mampan dan usaha bersama. Tidak boleh tidak usaha ini perlu dilakukan sehabis baik bagi memenagi PRK kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan PRK N.43 Nenggiri, di sini, hari ini yang dihadiri Presiden Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata mereka perlukan sepenuhnya bantuan PH membantu lancarkan perjalan jentera kita, bergerak bersama-sama, seiring sejalan dan bekerjasama.
Terdahulu UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemudanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Imedikel TV






