Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV
GUA MUSANG- Parti Amanah Negara (Amanah) giat menyusun gerak kerja bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan kemenangan semula di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan.
Presiden Parti Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu pihaknya turut akan membantu calon dan jentera Barisan Nasional (BN).
“Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dalam menentukan PRK DUN Nenggiri pada Ogos ini.
“Hari ini kita baru melakukan pelancaran jentera dan usaha ini akan dipertingkatkan dari hari ke hari sehingga memenangkan calon,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan DUN Nenggiri di Bandar Utama Gua Musang, semalam.






