Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kira-kira 20 liter minyak petrol yang dikesan di kawasan pengkalan haram Mat Roji Kg Terusan, di sini, pada Jumaat.
Menurut ciapan di Facebooknya, rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 12 tengah hari itu hari apabila ternampak beberapa orang lelaki dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.
Ketika anggota BN 7 PGA tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek disyaki telah melarikan diri.
Hasil pemeriksaan mendapati anggaran lebih 20 liter minyak petrol ditemui di dalam beberapa tong di pengkalan haram tersebut. Minyak petrol ini disyaki untuk diseludup masuk ke negara Thailand.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 250.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






