Home Hiburan BISU ENAM BULAN

BISU ENAM BULAN

233
0

ANNYEONGHASEYO! Mimpi ngeri bagi penyanyi adalah tatkala dihambat dugaan membabitkan tekak. Secara spesifiknya kod vokal yang menjadi instrumen terpenting dalam kerjaya mereka.

Penyanyi Onew pernah merasa pengalaman paling menakutkan itu apabila dilanda masalah suara. Bahkan, detik hitam itu meletakkan dirinya pada kedudukan sangat membimbangkan.

Kejadian terbabit berlaku pada 2010 di mana dia harus menjalani pembedahan pada bahagian kod vokalnya. Pelbagai perasaan menghantui dirinya yang turut menduga emosi serta kestabilan diri.

Mana tidak, selama enam bulan dia menjadi ‘bisu’ selepas pembedahan terbabit. Menurutnya, mujur dia ada satu ‘kawan’ yang menjadi penguat semangatnya iaitu sarung tangan besbol.

“Ini adalah sarung tangan pembaling (besbol). Pada 2010 atau 2011, saya menjalani pembedahan kod vokal dan tidak boleh bercakap selama enam bulan.

“Dalam tempoh itu, saya membeli sarung tangan ini dan habiskan masa enam bulan membaling bola dalam diam. Saya berdepan keresahan, kesunyian, dan kesulitan dalam tempoh itu.

“Saya boleh kata inilah ‘kawan’ saya yang banyak membantu menempuhi segala itu,” katanya dalam program The Inspector di YouTube.

Pada program terbabit, dia berkongsi bahawa itu antara pengalaman hidup paling sulit buatnya. Ketua kumpulan SHINee itu menjadi artis jemputan dalam episod terbarunya.

Turut dipaparkan adalah ketika Onew singgah di JYP Entertainment untuk menderma beberapa hadiah dan meluangkan masa bersama Jungyeon di sebuah taman permainan berdekatan.

Antara hadiah disumbangkannya termasuk sarung tangan berkenaan yang cukup dihargai dan bermakna besar dalam hidupnya.

Onew sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil dipanggil polip pada bahagian kod vokal. Pembedahan itu penting untuk mengembalikan semula suaranya yang terjejas.

Dia juga perlu berehat lama bagi proses kesembuhan. Dia berusaha keras memastikan dapat pulih semula termasuk belajar semula mengeluarkan bunyi sekecil mana pun yang dia boleh. – HMetro Online –

IMedikelTV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here