Home Politik CALON BERSATU PRK NENGGIRI LAFAZ IKRAR PATUH PADA PARTI

CALON BERSATU PRK NENGGIRI LAFAZ IKRAR PATUH PADA PARTI

157
0

CALON BERSATU PRK NENGGIRI LAFAZ IKRAR PATUH PADA PARTI

GUA MUSANG: Calon BERSATU, Mohd Rizwadi Ismail yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini melafazkan ikrar patuh kepada Perlembagaan serta dasar perjuangan parti itu.

Beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang berjanji akan patuh kepada arahan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

“Sekiranya saya meninggalkan BERSATU, terhenti menjadi ahli, bertukar ke parti lain, menyokong parti lain atau kepimpinan parti lain, dengan kerelaan saya sendiri, selepas dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangn Negeri (ADUN) maka saya akan dilaknat oleh Allah dan Rasul.

“Segala perbelanjaan saya serta keluarga saya dengan menggunakan wang gaji dan elaun ADUN terbabit adalah haram dan Allah bersaksi atas apa yang saya lafazkan ini,” katanya melafazkan ikrar selepas Majlis Pengumuman Calon PN di Renok, di sini, semalam.

Pada masa sama, pesara TLDM itu turut berterima kasih kepada semua kepimpinan yang memilihnya sebagai calon PRK DUN Nenggiri.

Terdahulu, Mohd Rizwadi diumumkan sebagai calon BERSATU pada PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. – BH Online –

IMedikelTV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here