Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas kira-kira 2830kilogram (kg) minyak masak bersubsidi serta bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Turut ditahan dua saspek warga tempatan, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima tiga serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN. – KPDN –
Imedikel TV






