Home Sukan BIDOGLIO DAH JANGKA TOK GAJAH SUKAR DITUNDUKKAN

BIDOGLIO DAH JANGKA TOK GAJAH SUKAR DITUNDUKKAN

282
0

KUALA LUMPUR: Halangan sukar sememangnya sudah dijangka Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menentang Sri Pahang FC di pentas final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, pengendali JDT, Hector Bidoglio, kemenangan tipis 2-1 ke atas skuad Tok Gajah menjadi bukti betapa sukarnya tentangan diterima anak buahnya sepangan aksi 90 minit itu.

“Persembahan pemain sangat bagus, saya bangga. Saya gembira kerana pemain bekerja keras sepanjgan musim.

“Pasukan menunjukkan persembahan baik dalam aksi tempatan dan antarabangsa.

“Saya mahu mengucapkan terima kamish kepada penyokong dan pemain,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam aksi itu, skuad Harimau Selatan melengkapkan gelaran ‘hatrik quadruple’ buat musim ketiga berturut-turut selepas menoktahkan trofi keempat musim ini apabila menjulang Piala Malaysia selepas menumbangkan Sri Pahang FC 2-1.

Begitupun skuad kendalian Fandi Ahmad terlebih dulu di depan menerusi jaringan T Saravanan di minit ke-14.

JDT kemudiannya bangkit di babak kedua untuk meledak dua gol menerusi gol penalti Bergson da Silva dan jaringan kemenangan Arif Aiman Hanapi. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here