Home Politik BERSATU KELANTAN SERAH TINDAKAN DISIPLIN KEPADA PUSAT

BERSATU KELANTAN SERAH TINDAKAN DISIPLIN KEPADA PUSAT

138
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan, Datuk Kamaruddun Md Nor menegaskan bahawa sebarang tindakan disiplin terhadap ahli yang melanggar arahan parti akan ditentukan oleh kepimpinan pusat.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penglibatan seorang ahli parlimen di Ketereh yang hadir ke sebuah program anjuran pihak yang telah dikenakan tindakan oleh parti, walaupun arahan jelas telah dikeluarkan untuk tidak terlibat.

“Saya tidak dapat menjangka apa tindakan yang akan diambil oleh pimpinan pusat.

“Arahan telah dikeluarkan dengan jelas, dan ternyata ia telah diingkari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis Apresiasi pihak Tourism Kelantan kepada Pengamal Media, Pemain Industri dan Penggiat Seni tempatan di sebuah hotel dekat sini malam tadi.

Menurut beliau, sekitar 20 hingga 30 ahli dari Kelantan dilaporkan terlibat dalam majlis berkenaan. Namun, BERSATU Kelantan tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Khlir kerana perkara tersebut sudah berlaku.

Kamarudddin menekankan bahawa pendirian BERSATU Kelantan telah dibuat secara demokratik melalui perbincangan bersama kepimpinan bahagian, berbeza dengan pendekatan di negeri lain.

“‘Stand’ kita sudah jelas. Kita libatkan semua kepimpinan di peringkat bahagian untuk menentukan pendirian,” ujarnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here