Home Sukan BELLINGHAM HILANG SABAR, TAMPAR PEMAIN ARGENTINA

BELLINGHAM HILANG SABAR, TAMPAR PEMAIN ARGENTINA

38
0

Atlanta: Suasana tegang mengiringi kekecewaan kem England apabila bintang perancang, Jude Bellingham, dirakam menampar bahagian belakang kepala pemain simpanan Argentina, Valentin Barco, sejurus wisel penamat ditiup pada aksi separuh akhir Piala Dunia hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Kekecewaan skuad The Three Lions berpunca daripada kebangkitan minit akhir Argentina yang meledak dua gol pantas untuk mencatatkan kemenangan 2-1, sekali gus melangkah ke perlawanan akhir.

Keadaan di atas padang dilaporkan mula panas sejak minit awal perlawanan sebelum akhirnya meletus sebaik sahaja pengadil, Ismail Elfath, menamatkan aksi sengit antara dua musuh tradisi itu.

Menerusi rakaman televisyen, Bellingham yang kelihatan mengalirkan air mata akibat kekalahan terbabit secara tiba-tiba hilang pertimbangan dan melayangkan tangan ke arah Barco.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain sempat dipisahkan sebelum insiden menjadi lebih buruk.

Selain Bellingham, rakan sepasukannya Morgan Rogers turut terbabit dalam kekecohan di bulatan tengah padang yang menyaksikan perbalahan fizikal dan tolak-menolak antara pemain kedua-dua pasukan.

Rogers dilihat berang dan cuba menghampiri pertahanan Argentina, Lisandro Martinez serta penjaga gol simpanan mereka, Juan Musso, sebelum dileraikan oleh pengadil.

Beberapa pemain England termasuk penjaga gol simpanan, Dean Henderson, James Trafford dan penyerang, Ivan Toney, bertindak sebagai ‘pembawa keamanan’ bagi menenangkan keadaan.

Toney dilihat memeluk Gonzalo Montiel, manakala Dan Burn dikelilingi Enzo Fernandez serta Cristian Romero dalam usaha mengawal emosi masing-masing.

Kekalahan ini sekali lagi memusnahkan impian England untuk menjulang trofi berprestij dunia itu, manakala Argentina terus mara untuk mempertahankan kejuaraan mereka.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here