Home Sukan BELGIUM SEDIA HADAPI ‘AMUKAN’ IRAN

BELGIUM SEDIA HADAPI ‘AMUKAN’ IRAN

28
0

CALIFORNIA: Belgium menjangkakan tentangan sengit daripada Iran yang bertekad untuk menghadiahkan kemenangan buat rakyat negara itu apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia, awal pagi esok. 

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, pertahanan kanan berpengalaman Belgium, Thomas Meunier berkata, situasi yang melanda Iran ketika ini mampu menjadi pembakar semangat tambahan buat pemain mereka.

“Bagi kami, ia satu cabaran tambahan. Saya faham bagaimana semangat patriotik boleh memberi inspirasi kepada seseorang pemain,” katanya.

Menurut Meunier, ada kemungkinan sebahagian pemain Iran turut terkesan secara peribadi dengan konflik yang sedang berlaku di negara mereka.

“Saya bayangkan ada ahli keluarga pemain Iran yang terjejas akibat peperangan,” katanya.

Belgium kendalian, Rudi Garcia memasuki perlawanan itu dengan keyakinan tinggi meskipun hanya seri 1-1 menentang Mesir dalam aksi pembukaan kumpulan.

Garcia berkata, kemampuan pasukannya bangkit selepas ketinggalan ketika menentang Mesir membuktikan Belgium memiliki karakter dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi perlawanan.

“Kami tidak berada pada kedudukan yang betul ketika itu, tetapi kami berjaya membuat penyesuaian yang diperlukan,” katanya.

Belgium bakal berdepan Iran yang turut mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan New Zealand dalam perlawanan pertama.

Justeru, Garcia mengakui beliau perlu bijak mengimbangi penggunaan pemain senior dan bakat muda yang dimiliki skuadnya.

“Kami perlu berada pada tahap terbaik untuk menewaskan mereka esok,” katanya.

Garcia turut mengesahkan beliau berhati-hati dalam menguruskan minit permainan penyerang utama, Romelu Lukaku.

Menurutnya, Lukaku membuktikan keupayaannya memecahkan benteng pertahanan lawan ketika menentang Mesir, namun pemain itu tidak boleh dipaksa beraksi melebihi kemampuan fizikalnya.

“Kami perlu berhati-hati supaya dia tidak keletihan,” katanya.

Lukaku hanya dimasukkan pada 25 minit terakhir ketika menentang Mesir, namun kehadirannya memberi impak besar apabila tekanan yang dilakukannya memaksa pertahanan lawan menjaringkan gol sendiri.

Dalam perkembangan lain, Belgium turut berharap keadaan padang di Los Angeles lebih baik berbanding di Seattle yang sebelum ini menyukarkan pergerakan pemain.

Garcia menjelaskan cuaca panas menyebabkan permukaan padang cepat kering dan memperlahankan pergerakan bola.

Meunier turut mengakui keadaan padang di Los Angeles kelihatan lebih baik.

“Rumputnya lebih pendek, jadi keadaan padang lebih sesuai untuk perlawanan yang dijangka berlangsung pada tempo lebih pantas,” katanya. – REUTERS, BH OnlinE –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here