Home Sukan PAHANG RANGERS SEDIA JADI TUAN RUMAH SIRKIT KEEMPAT MPFL

PAHANG RANGERS SEDIA JADI TUAN RUMAH SIRKIT KEEMPAT MPFL

32
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Pahang Rangers sedia menjadi tuan rumah sirkit keempat saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan Malaysia (MPFL) 2026 di Stadium Tertutup SUKPA, di sini, hari ini dan esok.

Setiausaha Agung Pahang Rangers, Mutiara Bahir berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran lapan pasukan yang akan berkampung di Kuantan, sekaligus menjanjikan hujung minggu yang meriah buat peminat futsal tempatan.

Menurutnya, peminat futsal tempatan tidak seharusnya melepaskan peluang untuk datang menyaksikan aksi lapan pasukan bertanding yang kini semakin rancak memburu kedudukan lebih selesa dalam liga.

“Untuk memeriahkan sirkit keempat di Stadium Tertutup SUKPA kali ini, turut diadakan aktiviti sampingan termasuk Futsal Market, Pasar Sera, sepakan penalti dan bola sepak tiga lawan tiga yang bermula 2 petang sehingga 10 malam.

“Saya yakin kehadiran penonton yang ramai dapat memeriahkan lagi setiap perlawanan, namun yang lebih penting bagi sokongan kepada pasukan Pahang Rangers yang kini berada ditangga kedua liga dibelakang Selangor FC,” katanya, di sini hari ini.

Lapan perlawanan akan berlangsung masing-masing empat hari ini dan esok dengan perlawanan tumpuan terarah kepada pertembungan antara Pahang Rangers berhadapan pendahulu MPFL, Selangor malam ini, jam 8.30 malam.

Selangor FC ketika ini unggul di kedudukan teratas dengan 18 mata setelah memenangi kesemua enam perlawanan pertama termasuk menewaskan juara bertahan JDT pada Ahad lalu. Manakala Pahang Rangers sedang menghimpit rapat di kedudukan kedua dengan 16 mata.

Tiket perlawanan mula dijual di Tickethotline.com dengan tawaran pembelian awal akan berakhir pada 17 Jun, manakala jualan umum akan diteruskan sehingga hari perlawanan.

Jadual perlawanan esok

USM FC lwn Wipers (10 pagi)
Terengganu lwn KL City (1.30 tengah hari)
ATM lwn JDT (5 petang)
Pahang Rangers lwn PFA Odin Sarawak (8.30 malam)

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here