Home Sukan BEKAS JUARA UFC, JONES BEBAS DAKWAAN MELAKUKAN KESALAHAN

BEKAS JUARA UFC, JONES BEBAS DAKWAAN MELAKUKAN KESALAHAN

232
0

LOS ANGELES: Bekas bintang UFC, Jon Jones, dilepaskan daripada dua pertuduhan kesalahan kecil berhubung kemalangan jalan raya yang berlaku Februari lalu.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Jones sebelum ini didakwa meninggalkan lokasi kemalangan selain berdepan tuduhan “menggunakan telefon untuk menakut-nakutkan, mengugut, mengganggu, menjengkelkan atau menyinggung.”

Namun, New Mexico, lokasi kemalangan itu berlaku, memfailkan permohonan menggugurkan pertuduhan berkenaan pada Jumaat lalu.

“Selepas siasatan lanjut, pihak pendakwa mendapati pembelaan alibi defendan adalah kukuh. Oleh itu, pihak pendakwa menggugurkan kes ini,” menurut dokumen mahkamah.

Jones kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada pejabat pendakwa daerah dalam satu kenyataan.

Dia menjelaskan sudah mengemukakan bukti bahawa dirinya tidak pernah meninggalkan rumah pada malam kemalangan, yang mana seorang wanita mendakwa Jones melanggar kenderaan mereka sebelum melarikan diri.

“Dalam kes ini, berlaku penghakiman terburu-buru sebelum sebarang bukti sebenar dikumpulkan.

“Saya faham bahawa di mata orang ramai, tuduhan itu mungkin kelihatan meyakinkan, lebih-lebih lagi dengan kesilapan lalu saya.

“Namun ketika tuduhan itu dibuat, saya baru sahaja mengumumkan persaraan daripada gelanggang, dan detik itu dirampas daripada saya oleh individu yang membuat dakwaan palsu untuk mengelak tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.

“Saya benar-benar berharap individu ini akan dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa Albuquerque. Mereka bukan sahaja mengganggu persaraan saya, tetapi turut menjadikan jabatan polis kita kelihatan cuai dalam proses ini,” kata Jones.

Jones, 38, secara rasmi bersara pada Jun lalu, sekali gus menyerahkan tali pinggang juara heavyweight UFC kepada Tom Aspinall. Sebelum itu, Jones pernah bergelar juara light heavyweight sebanyak dua kali sebelum dinobatkan sebagai juara heavyweight pada 2023. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here