Home Buletin Semasa BANK RAKYAT TAWAR MORATORIUM KEPADA MANGSA BANJIR DI SABAH

BANK RAKYAT TAWAR MORATORIUM KEPADA MANGSA BANJIR DI SABAH

132
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan bantuan khas banjir yang merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir di Sabah.

Bantuan itu membabitkan empat daerah termasuk di Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman dalam satu kenyataan berkata, Bank Rakyat terpanggil untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi pelanggannya dan berharap agar kemudahan moratorium ini dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.

“Langkah proaktif ini bertujuan untuk  mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung pelanggan dalam waktu yang mencabar ini.

“Justeru, pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat ansuran bayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini,” katanya.

Jelasnya, ini termasuk pembiayaan bagi produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i dan Pajak Gadai-i,” ujar Dato’ Dr. Mohammad Hanis.

Katanya, pelanggan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel bantuanbanjir@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Pelanggan perniagaan juga boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC) berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Tambahnya juga, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan serta mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here