Home Buletin Semasa BANJIR: IBARAT TIADA KESUDAHAN

BANJIR: IBARAT TIADA KESUDAHAN

138
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Banjir yang melanda November lalu sangat memberi kesan yang mendalam kepada mangsa banjir khususnya di Rantau Panjang.

Yusnaniza Yusof, 40, dari Kampung Banggol Ubi Keling, di sini, berkata kejadian banjir kali ini sangat memenatkan.

“Saya sudah bersuara tentang hal ini. Disebabkan ingin kemajuan (pembinaan benteng), kami seolah-olah menjadi mangsa.

“Namun, kami reda untuk menghadapi gelombang kedua yang akan datang,”katanya kepada pemberita.

Menurutnya, dia sekeluarga masih belum mengemas rumah kerana bimbang kedatangan gelombang kedua.

“Difahamkan benteng dibina sebagai penyelamat bagi penduduk di Rantau Panjang, namun sebenarnya adalah bala bagi kami.

“Memang tiada kesudahannya, sangat sedih. Ibarat tiada kata-kata yang diluahkan bagi menggambarkan perasaan itu,”luahnya dengan nada kecewa.

Menurutnya pada Februari 2022, paras air di kawasan rumahnya lebih kurang paras baahu dewasa, Disember 2023, paras pinggang dewasa dan 29 November lalu pada paras telinga dewasa.

“Tahun depan, saya tidak pasti paras mana, tetapi yang pasti air tetap melimpah ke sini,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here