Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Kandis di sini, pada petang Sabtu
Mangsa, yang berumur 8 tahun itu dipercayai hilang ketika bermain di kawasan benteng batu di pantai itu kira-kira jam 6.40 petang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Pegawai Bomba Kanan II, Lokman Jusoh dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang berhubung kejadian itu.
“Komander Operasi lapor sampai di lokasi kejadian dan didapati benar berlaku kejadian lemasyang membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun.
“Usaha mencari dan menyelamat mangsa di tepi persisiran pantai dan surface searching dijalankan,”katanya.
Dalam operasi itu, kira-kira 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa. IMedikel TV






