Home Segmen Kesihatan BAKAR KALORI DENGAN SOLAT TARAWIH…

BAKAR KALORI DENGAN SOLAT TARAWIH…

176
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Pernah tak anda rasa lapar selepas selesai solat Tarawih dan adakah anda tahu apa puncanya?

Solat Tarawih adalah salah satu ibadah sunat yang dilaksanakan oleh seluruh umat Islam ketika Ramadan.

Selesai sahaja berbuka puasa, sudah tentu perut akan merasa tidak selesa dan letih untuk mengerjakan Tarawih.

Tapi adakah anda tahu, sebenarnya pergerakan ketika solat Tarawih secara berulang kali itu dapat membakar kalori dalam badan.

Pasti ramai yang tidak sedar akan tindak balas ini.

Baiklah, untuk pengetahuan umum, sebelum anda berbuka puasa, tahap gula darah dan juga insulin berada pada tahap terendah dalam tubuh anda.

Manakala selepas berbuka puasa, paras gula darah dan juga plasma insulin akan mula meningkat naik dalam tubuh.

Jadi pada masa ini, hati dan otot badan akan memproses dan mengedarkan glukosa dalam badan serta gula darah akan berada pada tahap tinggi dalam tempoh satu hingga dua jam selepas berbuka.

Tiba masa solat Tarawih dilaksanakan, glukosa yang berada dalam tubuh anda akan dimetabolisme menjadi karbon dioksida dan juga air.

Secara tidak langsung, solat Tarawih membantu membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan fleksibiliti serta koordinasi tubuh. 

Terdapat beberapa manfaat lain solat Tarawih seperti:

  1. Membantu mengembalikan kekuatan otot bagi golongan berusia.
  2. Cara solat Tarawih yang perlu dilakukan pergerakan secara berulang kali dan banyak kali dapat membantu membakar kalori yang diperoleh sewaktu berbuka puasa.
  3. Solat fardu dan solat Tarawih selepas berbuka puasa membantu mencernakan makanan yang telah dimakan dengan lebih mudah.
  4. Ia juga mampu meningkatkan stamina, keyakinan diri serta memberikan ketenangan pada mental seseorang.

Apabila anda melakukan solat Tarawih, kita bukan sahaja dapat manfaat dari segi spiritual, malah juga fizikal.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here