Home Ulasan Wartawan BAHAYA FAKE BRACES

BAHAYA FAKE BRACES

219
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Dunia semakin moden dengan pelbagai teknologi.

Isu berkaitan keagamaan, kebendaan, makanan, kesihatan sudah tidak asing lagi popular di media sosial.

Tidak ketinggalan, isu membabitkan kecantikan. Kerana ramai yang obsess untuk kecantikan diri tanpa menghiraukan bahaya yang mungkin dihadapi kelak.

Apa yang boleh kita lihat sekarang, ramai dalam kalangan remaja berkeinginan untuk memakai pendakap gigi atau lebih dikenali sebagai braces.

Sebelum ini, mereka yang mempunyai masalah gigi tidak sama atau rata, dinasihatkan untuk memakai braces di klinik atau hospital kerajaan mahupun swasta,

Namun, ada segelintir daripada mereka yang jelas tidak mampu untuk mendapatkan perkhidamatan pendakap gigi di klinik atau hospital yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, (KKM), memandangkan kosnya agak tinggi.

Lambakan peniaga braces dengan pelbagai warna menarik minat mereka yang ingin mencuba walaupun harganya jauh lebih murah berbanding di klinik atau swasta.

Tanpa kita sedari, membeli atau memakai braces daripada mereka yang tidak bertauliah mengundang risiko kepada pemakai kerana ia berkemungkinan adalah “Fake Braces.”

Rata-rata mereka yang memakai fake braces ini tidak menitik beratkan isu kebersihan dan lain-lain berkaitan.

Mereka sebenarnya sudah mengundang risiko kepada kesihatan gigi, gusi dan mulut kerana terdapat salah satu bahan yang terkandung di dalam fake braces ini adalah plumbum yang berbahaya pada kesihatan.

Selain daripada itu alat-alat yang digunakan untuk pemasangan fake braces ini tidak dinyahkuman sebagaimana yang dilakukan di klinik-klinik pergigian ortodontik.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat tentang isu tersebut kepada orang ramai.

Ummi Nabilah, 25 Tahun

Seorang pekerja swasta Ummi Nabilah, 25, dari Klang Selangor menegaskan pada orang ramai agar tidak memakai fake braces.

“Jangan pakai fake braces please stop!”

“Siapa cakap pakai fakebraces untuk nampak cantik walhal tak cantik seperti yang disangka, harga fake braces memang murah tapi kesan dia akan datang nanti sangat membahayakan malah ketika pakai itu sudah terbukti kesannya,”

“Kebanyakan tidak tahu bagaimana cara mereka pasang samaada bersih atau tak malahan hygiene juga mungkin tidak dijaga dengan baik, biasanya di klinik gigi, segala peralatan mereka akan sterile dadulu bagi hilangkan kuman.

“Selain itu, fake braces juga boleh menyebabkan gigi kita yang tidak jongang menjadi makin jongang,”katanya.

Mesra dengan panggilan Nabila, dia juga turut menasihatkan orang ramai jika ingin memakai braces pastikan dari klinik yang dipercayai.

Suria Syahida, 24 Tahun

Pekerja taska, Suria syahida, 24, berpendapat bahawa dari segi hukum jelas terbukti fake braces adalah haram untuk kecantikan diri kerana ia memudaratkan kesihatan.

“Dalam satu artikel ada mengatakan fake braces initidak memasang sehingga ke gigi paling belakang dan ianya boleh menjadikan gigi menjadi tidak sekata,”

“Karang gigi yang tebal juga boleh menyebabkan mulut berbau dan seeloknya jangan ikut trend, jangan pakai braces sebab kadang-kadang fake braces ini dia tidak menggunakan getah yang betul,” katanya ketika dihubungi.
Amira Solehah, 24 Tahun

Seorang lagi Amira, 24, berpendapat bahawa orang yang memakai fake braces adalah orang-orang yang mempunyai mental yang tidak sihat.

“Fake braces boleh memberikan kesan radang mulut dan gigi.

“Walaupun fake braces ini adalah sesuatu yang murah namun jika difikir secara lojik bagi rawatan untuk menyembuhkan radang yang berlaku itu lebih mahal,” katanya.

Sebagai peringatan untuk semua orang agar mencegah itu lebih baik dari merawat. Jangan jadikan ketaksuban untuk kecantikan diri sehingga memudaratkan kesihatan diri.

Sumber ResearchGate

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here