Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV
Ramai yang mengimpikan pasangan yang boleh membahagiakan kita semua.
Memandangkan ramai pasangan mempamerkan kebahagiaan dan saat romantis di media sosial, dengan pelbagai kejutan sama ada hari lahir mahupun hari ulangtahun perkahwinan.
Ada yang memberi maklum balas yang baik ada juga yang sebaliknya.
Justeru, wartawan I Medikel TV menemubual orang ramai berkaitan isu ini yang seakan sudah menjadi satu trend di media sosial.
Sama ada daripada kalangan “public figure” mahupun masyarakat umum mereka lebih suka berkongsi kebahagiaan di media sosial.
Seorang guru dari Bachok, Nurul Erini Musa, 39, berkata itu adalah hak masing-masing sama ada ingin berkongsi mahupun tidak.

“Tiada peraturan di mana-mana media sosial untuk tidak mempamerkan kebahagiaan. Masing-masing berhak cipta kebahagiaan . orang lain tak nak pamer tu hak dia, kalau kita nak pamer tu hak kita.
“Atas penerimaan masing-masing juga. Kalau tengok side negatif akan jadi negatif, kalau tengok side positif jadi positif. Mungkin yang pamer di facebook khususnya sebagai simpanan dan kenangan, akan datang facebook akan remind balik,”katanya ketika mengulas isu tersebut.
Katanya, di media sosial seseorang individu boleh tetapkan untuk tontonan kawan sahaja atau umum, itu pilihan mereka.
“Bagi pendapat saya, tak menjadi masalah pun kalau nak pamer, kita pamer untuk kenangan kita juga, tak semestinya nak tunjuk kat orang, atas niat masing-masing,”katanya mengakhiri perbualan.
Nur Murshidah Idris, 41, juga berpendapat mempamerkan kebahagiaan di media sosial tidak menjadi masalah dan dibenarkan.

“Sebab tunjuk benda baik kan. Benda ni normal je, yang jadi luar biasa apabila jumlah hadiah tu agak besar.
“Lepas tu yang up tu suami. Jarang suami tayang isteri. Yang ni memang orang akan amaze la sebab lelaki ni paling susah nak cerita atau share pasal isteri. Kalau anak tu mungkin ada, tapi isteri jarang. Kalaua da pun mesti mereka orang bisnes macam Ebit Liew dan Hafiz sebab mereka lelaki, hadiah yang diberikan pun lumayan.
“Bagi saya, taka da masalah nak berkongsi apa sahaja pasal hidup selagi positif, soal tujuan tu, biar dia sahaja lah tahu,” katanya.
Lain pula ibu kepada dua orang anak yang mesra dipanggil Iekaa Mustapha, 42, berpendapat ia bergantung kepada individu terbabit sama ada nak pamer atau tidak, sebenarnya apa niat dan tujuan yang nak disampaikan?

“Bagi saya, sejujurnya saya rasa tak perlu, sebabnya macam tak ada sebarang tujuan.
“Dan satu perkara lagi, hidup kit ani perlu juga ada privacy, bukan semua perkara harus kita war-warkan di media sosial,”katanya.
Isu ini menjadi tular dan panas di media sosial baru-baru ini apabila pasangan romantis Hafiz Mahamad membuat kejutan kepada isterinya, Aina dengan membuat kejutan di dewan panggung wayang yang disewa khas.
Manakala Ustaz Ebit Liew dengan menitipkan ucapan penghargaan tertera nama isterinya di skrin tirai LED pada sebuah bangunan kepada isterinya.
Masing-masing membuat kejutan itu sempena hadiah ulang tahun kelahiran isteri mereka.
Imedikel TV






