Home Sukan BADDROL KEMBALI ‘BERAKSI’ BERSAMA KEDAH

BADDROL KEMBALI ‘BERAKSI’ BERSAMA KEDAH

153
0

ALOR SETAR: Skuad Kedah Darul Aman B (KDA B) FC mendapat tonik berharga apabila legenda Kedah, Baddrol Bakhtiar dilantik sebagai pengurus pasukan bagi menghadapi saingan Piala MFL musim 2024/ 2025.

Berita pelantikan Baddrol yang sebelum ini dilantik pengurus skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah itu diumumkan pemilik Sang Kenari Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar hari ini sekali gus menyerlahkan kewibawaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun.

“Baddrol akan bergandingan dengan bekas pemain Kedah, Shafizan Hashim sebagai koordinator pasukan yang sama.

“Pihak pengurusan melakukan beberapa perubahan dalam struktur pengurusan pasukan Liga Super, pasukan Piala MFL (KDA FC B / B23), pasukan Piala Presiden (KDA FC C / B20) dan Piala Belia (KDA FC D / B18) bagi memastikan ia selaras dengan hasrat kelab untuk bersaing mengikut perancangan kewangan kelab lebih lestari musim ini.

“Fokus pengurusan ketika ini adalah untuk membina kembali zaman kegemilangan bola sepak Hijau Kuning sewaktu zaman double treble musim 2007/2008 dengan asasnya memberi peluang kepada bekas generasi pemain waktu itu membantu pasukan,” katanya.

Mohd Daud berkata, kemasukan beberapa bekas bintang Kedah ini diharap menyuntik motivasi dan kekuatan tambahan buat semua pasukan dalam memberi saingan.

Selain Baddrol dan Syafizan, skuad KDA FC B juga akan diperkuatkan dengan sentuhan Mohamad Khairul Ismail sebagai ketua jurulatih.

Turut diumumkan legenda import Kedah era double treble, Nelson San Martin dilantik sebagai Pengarah Teknikal KDA FC, dan bekas penjaga gol, Helmi Eliza Elias sebagai penolong jurulatih penjaga gol.- BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here