Home Sukan BADANG PAHANG RAIH SATU EMAS, ENAM PERAK, EMPAT GANGSA

BADANG PAHANG RAIH SATU EMAS, ENAM PERAK, EMPAT GANGSA

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Pasukan Angkat Berat Pahang mengumpul satu pingat emas, enam perak dan empat gangsa untuk menduduki tempat keempat pada Kejohanan Angkat Berat Junior, Youth dan Senior Kebangsaan 2026 di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Kuala Rompin, kelmarin.

Pingat emas tunggu tuan rumah disumbang oleh Muhammad Amin Khairul Anuar dalam kategori 71 kilogram (kg) dan dia merupakan atlet kontinjen angkat berat Pahang yang akan bersaing pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, bulan depan.

Jurulatih angkat berat Pahang, Sapri Ab Latip berkata, seramai 15 atlet Pahang bersaing pada kejohanan kali ini yang menjadi gelanggang pemanas badan sebelum mereka bersaing pada SUKMA Selangor 2026.

“Secara keseluruhan prestasi atlet junior dan senior Tok Gajah pada kejohanan kali ini boleh dibanggakan selepas mereka mempamerkan kesungguhan diharapkan walaupun gagal meraih pingat emas yang diharapkan.

“Kami hanya membariskan 15 atlet junior dan senior di bawah program pembangunan sukan angkat berat Pahang yang berpangkalan di Rompin termasuk dari Kuantan dan Temerloh,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kontinjen Pahang membariskan ramai atlet junior sebagai gelanggang menimba pengalaman sebelum mereka melangkah lebih jauh diperingkat kebangsaan, hanya beberapa atlet SUKMA Selangor 2026 beraksi.

“Kebanyakan kontinjen yang bertanding pada kejohanan kali ini membariskan atlet junior, faktor berkenaan menjejaskan kemeriahan kejohanan kali ini. Atlet senior kini sedang dalam persiapan menghadapi SUKMA.

“Pada kejohanan kali ini prestasi atlet wanita Pahang dilihat menyerlah, mereka mempunyai masa depan cerah untuk melangkah lebih jauh dalam sukan angkat berat,” katanya.

Beliau menambah, kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan setiap kategori kurang menggalakkan, setiap kategori antara seorang hingga lima atlet yang bertanding.

Faktor berkenaan menjejaskan kemeriahan dan kerancakan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here