Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Sawan adalah keadaan di mana seseorang individu tidak sedarkan diri dan biasanya mengalami kekejangan kaki dan tangan akibat demam panas.
Ia biasa berlaku kepada kanak-kanak yang mengalami suhu badan tinggi akibat demam panas.
Antara cara untuk mengatasi masalah sawan adalah ibu bapa perlu mengatasinya dengan mengambil langkah yang bijak:
1.Jangan panik: ibu bapa perlu kekal tenang supaya dapat berfikir unutk bantuan yang diperlukan.
2. Lindungi kanak-kanak: Alihkan objek tajam atau berbahaya dari sekelilingnya namun elakkan dari menahan kekejangan yang dialaminya.
3.Catat masa: Perhatikan masa kanak-kanak kejang kerana jika lebih lima minit, perlu mendapatkan bantuan perubatan.
4.Jangan masukkan objek ke dalam mulut:Ini boleh menyebabkan kecederaan pada mereka.
5.Periksa pernafasan:penting untuk memeriksa pernafasan mereka selepas mengalami kekejangan bagi mengelakkan mereka mengalami ketidaksdaran.
Sekiranya kanak-kanak mengalami sejarah kekejangan, berbincanglah dengan doktor tentang tindakan khusus dan ubat-ubatan yang diperlukan.
IMedikel TV






