Home Sukan ARTETA ‘PENING’ UNTUK BERDEPAN LIVERPOOL

ARTETA ‘PENING’ UNTUK BERDEPAN LIVERPOOL

101
0

London: Mikel Arteta akui tidurnya tidak lena menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Stadium Emirates, tengah malam esok.

Katanya, kebiasaannya beliau mampu tidur dengan lena namun disebabkan krisis kecederaan beberapa pemain menyebabkan Arteta resah.

Tahap kecergasan beberapa pemain seperti Bukayo Saka dan Jurrien Timber masih belum mencapai tahap maksimum, manakala penggantungan William Saliba menambah kedut di wajahnya untuk Menyusun strategi terbaik.

“Biasanya saya tidur dengan barisan pemain sudah difikirkan, jadi saya boleh tidur seperti bayi. Tetapi kadang kala ia tidak berlaku kerana anda perlu menunggu sehingga hari seterusnya.

“Ada masa sehingga dua hari atau tiga hari sebelumnya anda sudah mempunyai bayangan pasukan yang akan diturunkan, tetapi bila ada kecederaan, ia lebih rumit.

“Tetapi apabila berdepan situasi sukar seperti ini, kami tidak akan memandang ke belakang dan akan tetap hadapinya,” kata Arteta.

Ketika ini, The Gunners menghuni tangga ketiga EPL dengan 17 mata daripada lapan aksi dilalui, sementara Liverpool di puncak liga dengan 21 mata.

Minggu lalu, Arsenal tewas mengejut di tangan Bournemouth dengan 2-0 namun anak didik Arteta kembali bangkit dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan menundukkan Shakhtar Donetsk 1-0. – AGENSI, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here