EAST RUTHERFORD: Lionel Messi kemungkinan besar direhatkan apabila Argentina bertemu Peru pada aksi Copa America dengan pasukan itu sudah pun mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati selepas mencatat dua kemenangan.
Messi yang berusia 37 tahun minggu ini mengalami kekejangan otot dan memerlukan rawatan di bahagian pahanya ketika Argentina melakar kemenangan 1-0 ke atas, awal pagi semalam.
Namun, dia masih mampu menamatkan tempoh 90 minit permainan dengan satu percubaan jarak jauh dan menjadi nadi penting jentera serangan Argentina.
“Ia agak mengganggu saya, tetapi saya dapat bertahan sehingga tamat perlawanan. Saya harap ia tidak serius.
“Saya tidak dapat bergerak dengan baik kerana masalah ini,” kata Messi sambil mengakui ia mungkin keputusan tepat sekiranya dia tidak bermain dalam perlawanan menentang Peru, awal pagi Ahad ini.
Bekas penyerang Barcelona itu keputusan sama ada dia boleh bermain atau sebaliknya akan ditentukan sebelum perlawanan.
“Kita lihat dalam tempoh beberapa hari akan datang, bagaimana proses pemulihan saya.
“Kami sudah pun melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan berasa tenang. Masih ada banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi,” kata Messi yang mendedahkan dia turut mengalami sakit tekak dan demam sebelum perlawanan dengan Chile.
Kemenangan ke atas Kanada dan Chile menyaksikan Argentina yang juga juara dunia dilihat selesa dalam pusingan awal Copa America biarpun tidak berada pada tahap terbaik mereka.
Mereka mendahului Kumpulan A dengan enam mata, di depan Kanada dengan yang mengutip tiga mata selepas mengatasi Peru.
Argentina lega apabila berjaya memulakan kempen Cope America dengan kemenangan selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan Arab Saudi ketika Piala Dunia di Qatar, dua tahun lalu. – REUTERS,BH Online –
Imedikel TV






