Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
GUA MUSANG: Karnival Kita MADANI peringkat Negeri Kelantan berlangsung selama dua hari bermula pada 27 hingga 28 Jun 2024 pada jam 8 pagi hingga 10 malam di Dataran Kesedar, Gua Musang.
Program itu adalah anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi mendekati komuniti melalui pelbagai pengisian yang efektif.

Pengarah JaPen, Muhd Nor Aswadi Md Nor dalam ucapannya berkata pihaknya mengalu-alukan penduduk sekitar Gua Musang untuk hadir bagi memanfaatkan program tersebut sepanjang dua hari ini.
“Antara pengisian program yang dibicarakan pada hari ini adalah forum isu semasa “Ketirisan Sumber Negara Ancaman Kedaulatan dan Kemakmuran Negara”, “Bahaya Dadah dan Langkah Pencegahan” daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta “Klik dengan Bijak” daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
“Pada hari kedua pula, diadakan “Taklimat Scammer “ daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), “Revolusi Emas” daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), “ Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah” daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta Pertandingan Mari Mewarna,” katanya dalam ucapan pada Karnival Kita MADANI di Dataran Kesedar, di sini, hari ini.
Selain itu, terdapat pelbagai pameran dan jualan daripada seluruh agensi termasuk jualan produk daripada IMedikel Pharma Holding.


Muhd Nor Aswadi berkata, jualan rahmah turut diadakan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sekitar Gua Musang.
Imedikel TV






