Home Sukan ARGENTINA DIPAKSA BERHEMPAS PULAS SEBELUM SINGKIR CAPE VERDE

ARGENTINA DIPAKSA BERHEMPAS PULAS SEBELUM SINGKIR CAPE VERDE

32
0

MIAMI: Argentina yang diketuai Lionel Messi menewaskan pasukan bukan pilihan, Cape Verde, 3-2 selepas masa tambahan dalam perlawanan epik untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia, pada Jumaat.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, begitupun, Argentina hampir dikejutkan sebelum bangkit menamatkan perjalanan penuh sensasi Cape Verde di saingan kali ini.

Jaringan ketujuh Messi dalam kejohanan ini hasil kawalan kemas dan penyudah tenang meletakkan juara bertahan itu di depan, namun Cape Verde tidak pernah mengalah.

Gol Deroy Duarte pada minit ke-60 memaksa Argentina bekerja lebih keras dalam cuaca panas di Miami.

Lisandro Martinez kembali meletakkan Argentina di depan pada awal masa tambahan, namun Sidny Lopes Cabral sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang ke penjuru atas gawang 

Argentina akhirnya memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penjuru Lionel Messi apabila Cristian Romero menanduk bola sebelum ia terkena Diney Borges dan masuk ke gawang sendiri pada minit ke-111. 

La Albiceleste akan bertemu Mesir di Atlanta pada Selasa ini, namun jurulatih Lionel Scaloni pasti mempunyai beberapa perkara yang perlu diperbaiki walaupun berjaya mara.

Cape Verde terlebih dahulu membuktikan mereka bukan lawan mudah apabila mengikat Sepanyol, Uruguay dan Arab Saudi dalam aksi Kumpulan H sebelum layak ke pusingan kalah mati pada penampilan sulung di Piala Dunia.

Jurulatih Cape Verde, Bubista, sebelum ini menyifatkan pertemuan dengan Messi dan Argentina sebagai perlawanan terbesar dalam hidup dan anak buahnya membuktikan kata-kata itu dengan memberikan tentangan sengit sehingga Argentina terpaksa berhempas-pulas selama lebih 120 minit.-AFP, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here